Index»
anti
»
bersikap
»
disoal
»
islam
»
padah
»
polis
»
wanita
»
Padah Bersikap Anti Islam Wanita Disoal Polis

Padah Bersikap Anti Islam Wanita Disoal Polis
Rabu, 01 Januari 2014

London – Padah akibat bersikap diskriminasi. Seorang wanita disoal oleh polis selepas dia menulis dalam Facebook dengan harapan agar kebanyakan mangsa yang lemas di perairan Itali adalah orang Islam.
Wanita itu, Nicky Hutt yang juga seorang surirumah disifatkan sebagai perkauman apabila menulis perkataan `Berita panas. 200 warga Afrika lemas dalam nahas bot. Memalukan, semoga kebanyakan mereka adalah orang Islam’.
Entrinya dalam Facebook itu telah mencetuskan kemarahan umat Islam dan Hutt disifatkan sebagai menyedihkan dan menjijikkan.
Ini kerana nahas bot berkenaan telah mengorbankan 232 pendatang warga Afrika ketika mereka menaiki bot menuju ke Itali. Kejadian berlaku minggu lalu di Lampedusa, Sicily.
Dalam pada itu, pengarah Pusat Islam dan Masjid Pusat Bournemouth, Majid Yasin telah menyelar perbuatan Hutt.
Jelasnya, kenyataan seumpama itu, terutama melibatkan orang yang meninggal dunia, boleh dikategorikan sebagai berhati batu.
“Jika dia menyatakan demikian kepada orang Yahudi atau Kristian sekali pun, saya tetap akan marah dengannya,’’ katanya.
Dalam pada itu, pendandan rambut Hutt, Esra Turay yang juga seorang Islam berkata, kenyataan tersebut amat menyedihkan.
“Ia adalah salah apabila kita melemparkan pandangan yang ekstrem ini. Dia baik pada pandangan saya, namun jelas dia membenci umat Islam. Pandangan ini menyebabkan semua orang marah,” katanya..
Sementara itu, Hutt berkata dia memohon maaf di atas komen yang dibuatnya dan mendakwa ia berlaku ketika dia sedang mabuk.
“Saya ingin menjelaskan bahawa komen berkenaan telah dipadam oleh saya selepas sejam ia dimuat naik. Saya juga telah menyiarkan permohonan maaf dan menyesal dengan pandangan berkenaan,’’ katanya.
Namun di sebalik permohonan maaf itu, dia telah menghantar mesej yang berbeza kepada Turay.
“Berani awak memuat naik sesuatu daripada halaman saya. Ia dipanggil kebebasan bersuara di negara saya.
“Saya boleh menulis komen apa yang saya suka. Ya pandangan saya adalah ekstrim namun ia adalah keputusan saya,’’ katanya.
Related Posts : anti,
bersikap,
disoal,
islam,
padah,
polis,
wanita
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar